'Jangan gabra'
Bukan.
Aku tak gabra.
'Habis?'
Aku tak suka.
Terdiam
Aku buat salah tegur, betulkan aku.
Aku malas malas tengking, bangunkan aku.
Tapi jangan sisihkan aku dan letak harapan aku
akan bagus nanti nanti
Makin kau biar,
Makin aku begini,
Makin tak ditegur,
Makin aku tak tahu apa nak diperbaiki.
Aku sebenarnya dah makan hati.
'Kau kenapa dik,muka ketat je?'
Entah.
Apa lagi salah aku kali ni.
Terdiam.
Dua dua terdiam.
Aku tak mahu endah cakap cakap belakang kauorang
Aku tak mahu fikir suara suara sumbang kauorang
Aku mahu angkat kaki
Aku mahu lari pergi.
Situasi ini tidak menguntungkan siapa-siapa
Maka aku menolak untuk terima
yang sebenarnya
kalian tidak suka.
Jadi aku butakan mata
aku tebalkan muka
sebab
kita kerja sama-sama.
Seorang Atip juga ada weakness pointnya.
Ada lemah dalam gagah
Ada menangis dalam tawa
Perlu bahu untuk tundukkan wajahnya
Perlu wake up call untuk bangunkan dari tidur panjangnya.
Kadang apa yang diriuhkan
di bodoh bodohkan
semua untuk senyumkan kalian
yang rata-rata lalui hari yang palat dan memenatkan.
Maafkan saya.
Penat.
Posted by S U A R A at 10:57 AM 0 comments
Dulu.
Malam ni nak bercerita tentang kisah lama. Tentang sahabat-sahabat baik saya. Biar jarang jumpa, tapi rindu sepanjang masa. Syafiqah Fauzi dan Liew Sean Dee, malam ni entri untuk korang. Rindu you both sampai boleh menangis. Zaman kecik2, gaduh, tak bercakap, bila dah baik selalu rehat sama-sama, aku siap suap korang bekal nasi yang aku bawak, biar aku tak makan nasi yang umi bekalkan sebab korang suka masakan umi aku. Rindu jalan balik dari sekolah sama-sama. Rindu nak makan mee udon yang Dee bawak. Rindu nak jerit kat Dek Qa, "woi dek,buku kau? ha tu cermin mata?" rindu nak macam dulu balik. Rindu nak jadi bahu Dee bila dia menangis sebab bergaduh dengan twins yang mulut takde insurance tu. Rindu nak overnight rumah Dee.Rindu nak overnight rumah DekQa. Rindu jadi kakak untuk best girlfriends walaupun Dee paling tua. walaupun sebulan awal. Teringat mood swing syaf yang very the unpredictable. Hanya kami je Pro-Syaf. Tahu perangai dia, walau susah nak baca. Kaki kuat termenung, pernah buat cubaan lari dari masalah dan keserabutan hidup dengan merendamkan diri dalam kolam renang, tengah panas. Dengan Syafiqah Fauzi jangan pernah berani nak tembak apa dia cuba buat. You will NEVER know. Jangan berani provoke Sean Dee dengan menyentuh keluarga dia, memang dia defend kau kau sampai kau tak boleh nak defend diri sendiri. Sekeras keras dan firm seorang Sean Dee, airmata dia murah macam sale Charles and Keith. Tapi gugurnya hanya kepada certain people. Bukan kaki rembes. Syafiqah juga bukan kaki rembes, Dee,DekQa dan Atip, kami paling susah menangis, tapi pernah menangis bersama. Bertiga. Tidur bersama.Bertiga. WOII RINDU TAHU KEEE???
Malam ni teingat Arwah Najmi, teringat momen-momen kita dengan dia. Dee, you still ingat pertama kali dia bercakap dengan you? We were at the tangga pejabat, sebab cikgu suruh you buat balik board pelajar cemerlang tu kan. Sekali Naj datang dengan gaya jalan yang seksi tu, datang dekat, senyum2 "hm nice hand writing" That was his charm la kan? terror buat orang cair, tapi before dia tackle you dia dah tackle i dengan syaf dah. Dulu dia panggil i Awatiff, dah kenal 'atip atip' . Terngiang-ngiang cara dia panggil i. Kenangan hari terakhir dengan Arwah.
Jumaat 14 November 2008 merangkap zaman ranap aku.
Najmi : "atip, next you pindah ke?"
Me: "Yet to know naj, why?"
Najmi : "Promise me you'll stay."
Me: *smile* i tak pergi kalau you tak pergi mana-mana.
Najmi : *senyum sambil bangun dan meninggalkan bilik darjah*
Loceng bunyi. Najmi dan Sean Dee lama dah hilang. Last day sekolah, semua buat sekolah macam rumah, psp la, phone, gitar, nasib tak drum set dengan keyboard sekali.Aku dengan Syaf dari tingkat paling atas sekali dengan Nina. Sampai bustop, aku dengan Nina mencari Naj. time tu memang nak balik dah tapi hati time tu berat betul nak jumpa before balik.
"Najmi Anuar manaaa???" ekoran terlalu ramai pelajar time tu. Aku dengan Nina dah terjengket mencari kalau2 nampak bayang dia,
"here here,i'm here!!"
"Naj, before i balik, mind if i hug you? i rasa macam lamaaa je cuti ni!"
"sure do tip!!!" *terus dia hug aku dengan nina.
missing you brother. :'(
Dee,Syaf,those were the days kan?
masing2 dengan life masing2 sekarang.
kasi ingat sikit,
sekali pun aku tak pernah lupa korang.
salam sayang rindu peluk cium,
Atip.
Posted by S U A R A at 11:02 AM 0 comments
TM.
Untuk TM (The Maple) family. Explanation untuk apa terjadi 2 tahun lepas.
Posted by S U A R A at 11:53 AM 0 comments
Kampung 7 (final episode)
Seperti biasa seminggu di sini, badan dah terbiasa terjaga waktu subuh. Roh dah terbiasa pulang seawal subuh begini.Terfikir, aduh lagi berapa jam nak balik. Nak kena hadap benda-benda macam tu. Pagi-pagi dah malas. Malas kalau dah menjengah begini, alamatnya mood memang tak berapa nak okay la. Bermalas-malas aku turun dari katil,capai getah rambut. Semua benda aku buat sambil pejam mata, ha nampak tak betapa malasnya aku pepagi ni. Aku kuak jendela kasi dingin subuh memecah kemalasan pagi ni, aku hirup bau kampung sepuas mungkin.Aku renung kosong suasana pagi kampung selama mungkin, renung sampai boleh tembus pokok rambutan jiran sebelah. "Ahh,bila lagi nak balik sini lepas ni, kalau ada lesen asal ada masa terluang mahu lari ke sini."
Krook krook krook.Perut bunyi. Pagi-pagi dah lapar!Isi rumah ada yang dah terjaga.Mak tok mungkin tengah menyiapkan sarapan,tok wan mesti dah bersiap-siap nak sapu laman.Aku perhatikan kedua orang tua itu.Sayang tak pernah padam. Bangun dengan muka busuk "Morning Mak Tok pagi ni masak apaaaa? mak tok malam ni, masak ayam masak merah boleh? sedapnyaaaa!" muka excited!Muka mak tok berubah, "awak tu nak balik dah lepas zohor ada hati suruh masak untuk malam." Terdiam.Dah.Enjin dia dah panas,terus kena sebijik.Macam mana aku boleh lupa aku dah nak balik. "hmm sekejap je izz kat sini kan? Nanti izz rindu kat Mak Tok dgn Tok Wan macam mana? Mahu keluar front page Metro 'cucu demam kampung,merayu keluarga kerap pulang' ha acano?" Ketawa pecah pepagi ni. "Hmm,Mak tok, lepas ni Izz insyaAllah rajin ke sini. Dua tahun tak jumpa, rindu tu tak hilang lagi kot. Seminggu tu tak cukup nak cover 365 kali 2. tak cukup." Meluahkan apa yang aku rasa akhirnya. "takpelah mak tok faham, ni apsal dah nak balik baru kasi tahu?" paaap kena sebijik! "sibuk pusing kampung, lepas rindu kat kebun,tepi sungai, pondok Izz kat kebun Tok Wan tu." senyum sinis. Pondok tu dah melakar satu momen paling indah. Yang terpaling tak sangka,ha situlah tempatnya. Kampung ni dah temukan aku dengan seorang manusia yang aku tak tahu hujung pangkal hidup dia. Kenal dengan nama paling pendek 'udin' . Akronim yang pelik tapi terpacul dalam otak gila aku. U = untuk D= dipertemukan I = Izz N=nanti . Tu merepek je. "Izz, dah check semua ada yang tertinggal tak?" malas aku toleh "hmm kalau tinggal pun takpelah, bukannya tak balik sini balik." mak macam faham je, sebab mak guna term 'read between the line' she caught me. "what i meant was, benda2 penting? so that i don't have to patah balik just to pick up your stuff Izz." nada tegas dia dah bunyi daah. Ok i'm not gonna play with fire pepagi ni. "yes mom!" tak cakap banyak terus double check barang penting yang dimaksudkan kalau tertinggal,kau memang tempah kubur izz."ha jangan lupa check kan sekali barang-barang Maryam dengan Layla,you know your sisters very well aite?" sambil julingkan mata sikit,betapa adik2 aku tu careless tahap dewa 19. "Izz, abah nak susun barang dalam kereta, are you done?" tadi mak tok kata lepas zohor ni awat cepat nau nak simpan barang? "laa bukan lepas zohor ke bah kita gerak?" "ye laa,susun je dulu, tak boleh ke sayang?" haa cair sikit bila abah panggil sayang ni. "hahaha okay abah!Almost done, i'll get my stuff to the car later." "okay then" .Semua macam excited nak balik, seminggu kat kampung sekejap sangat. Baru je aku hantar karipap kat rumah Cik Leha hari tu. Baru je sumpah seranah si udin dalam hati hari tu. Semua benda sekejap sangat rasanya. oh, baru semalam pusing kampung dengan basikal jumpa Kamil. Sayangnya, sekejapnya kita diberi sempat untuk kenal dik. Takpe, lain hari itu janjiNya.
Alamak, dah nak lunch hour, tak kan nak keluar lepas lunch, sempat ke? haila Izz kau nak kemana lagi ni? Dah nak balik kot? Tak, aku kena pergi, atleast before balik, i really have to go, berharap mungkin dapat jumpa Udin for the last time. Baru aku sedar, sepanjang seminggu kat sini, aku jumpa Udin, macam bergantung pada nasib, kalau terjumpa, ha lepak bercerita, kalau tak, takde la. "Mak,Izz nak ke pondok kejap, boleh?" ada cuak sikit la takut mak beta mengamuk tiba-tiba dah nak balik pun nak merayau lagi "alright, be back before 3pm" lega! she understands me well i think. "Eh wait Izz, tak nak lunch?" "i'll be back before lunch insyaAllah, won't be long i think" senyum mak aku. Tak payah cakap, dia macam faham je.
Berjalan tak perlahan sangat tapi takdelah laju macam berlari, aku melintasi rumah Cik Leha. Nak berhenti tanya atau? Kang orang ingat aku nak menggatal pulak. Izz kau sebenarnya nak apa? Terdiam. Langkah berjalan semakin perlahan, kepala entah dah melayang sampai Rome agaknya. Kebun Tok Wan aku redah, tahu-tahu aku terduduk dah di pondok tu. Pondok ni, betul la ada memori. Pondok ni, buat aku nak pusing balik waktu . "pondok menjadi saksi kehancuran jiwa ini. Jiwa remaja yang dirobek sehabisnya. Wahai angin lembut, keringkanlah airmata yang mengalir ini. Agar ada hari esok untuk dia teruskan kerana tiada siapa mahuku luahkan. Hari ini saya gagal. :'( " puisi pertama. Puisi pertama juga yang temukan aku dengan Udin. Tak sangka, few years back, puisi tu dia terjumpa dan dia ingat setiap bait kata yang di karang. "Waktu i baca tu,tiba2 airmata i gugur. I tak terfikir, ada orang yang sama merasa apa yang i rasa waktu tu. Bezanya ialah, dia meluah pada abjad yang disusun kemudian dia letak suatu rasa kehancuran pada setiap ayat, i pula meluah pada muzik. Pokoknya tetap sama,jujur meluah dan diluahkan pada benda mati." Terngiang kata-kata Udin di telinga. Hari tu betul-betul buat aku tak tentu. Dada bekocak, apa perasaan ni. Nyamannya. Burung-burung berpipit, apa yang diorang bualkan di atas sana sesama sendiri. Aku hanya perhatikan sendiri. Mustahil untuk terbit suatu rasa. Tapi sejujurnya, perasaan suka mula ada. Aku usap muka sendiri. "ahh buang jauh-jauh! Dah elok dah macam ni, kau ni betul la izz, cepat jatuh." aku mengumam sendiri "lama tunggu?" "arghhhhhhhhhhh" terkejut aku, nasib tak jadi beruk! Si Udin dah gelakkan aku."ishh! reti bagi salam tak? kang ada kena backhand" "sorry sorry! i tak tahu pulak you terkejut gila!" haa mahu tak gila, tengah mengalamun belakang kebun, tiba-tiba ada suara, mestila terkejut! "lama tunggu?" masih tak bersambut soalan tu. "Izz?" "haaa? apa dia? sorry, mengelamun tak habis lagi, you la kacau!" muka toya sikit, kasi dia tau sikit, aku memang terkujat. "lama ke tunggu?" errr "lama tunggu? heh?" "bukan hari ni you balik ke? what are you doing here?" Burn! soalan tu susah sikit nak jawab, sebab aku pun tak sure awat la aku ke sini. "hmm, i pun tak tahu apa yang bawak i ke sini? i'll definitely miss kampung" lantak lah nak kata aku cliche ke "and you? here? why?" Udin senyum. Satu manusia yang aku tak boleh tafsir maksud disebalik senyuman tu. "i heard you're leaving today." diam, kasi laluan dia sambung ayat. "i saja datang pondok, mungkin you ada kat sini. Nak singgah rumah, segan." tenang dia jawab. telus. Sepi tiba-tiba. Tak payah bersuara, asal dia ada aku memang automatik, tenang, comfort. Masing-masing membuang pandang. Apa yang dia fikir sekarang ni. Sungguhla aku rasa nak tahu setiap benda yang bermain dalam kepala dia. "izz." "hmm." bila lagi kita dapat jumpa lepas ni?" terdiam. "entah, kampung je la kot" tak fikir panjang main sembur je kau ni izz. "hmm,email?" sambung Udin. "Sepanjang kita kat sini, berjumpa pun tak pernah plan, asal terjumpa, baru lepak duduk sama. Kenal pun tiba-tiba, tak pernah plan. I takde klu pun, one day i akan jumpa orang nama Udin, sekampung. Yang pertama jumpa puisi yang i karang kat pondok ni. Yang sebut balik puisi yang i sendiri samar-samar je ingatnya." terus dia pandang aku.Tak kelip. "Puisi tu you tulis?" muka berkerut. Aku angguk. Tunduk bawah. Kaki hayun depan belakang main pasir. "hari tu waktu i mentioned you didn't even say a word pun." cuba mencari konklusi. "i was shocked Udin. Bila you recite balik puisi tu, tuhan je tahu apa i rasa. You sebut bait-bait tu dengan jelas, sampai habis. I tak jumpa ayat nak cakap. Sampai ke sudah i senyap." diam. Yes aku menangis sebab kau malam tu, bila kau terlalu jujur meluah, bila kau gugurkan airmata demi penulisan aku, aku menangis kerana stranger untuk pertama kalinya. Dua-dua diam. "tak sangka, bertahun i simpan daun tu, akhirnya tuhan temukan i dengan penulisnya." senyum dia. Tak tahu nak respon macam mana.
Dah nak 2.30petang, yang lain dah standby nak gerak, semua tunggu aku. "Izz ke mana je? tok wan dah nak keluar cari tadi." ada riak risau di wajah tok wan. "sorry, izz kat pondok je tadi." mendatar je suara aku. "izz okay?" terdiam, "okay kot tok wan." Tok Wan terus peluk aku. I'll miss you Tok wan. "Tok,izz janji izz akan kerap balik, kalau boleh pindah sini terus, izz akan pindah sini terus." Tok usap bahu aku. Dia macam tahu aku tak nak balik. "Izz get your stuff, we're leaving." Mak, yang terpaling tak sabar nak ke KL sebab kerja dia dah tangguh lama. Kena faham.Nak tak nak kena aku turutkan. "Kejap, izz naik jumpa mak tok." semua dah get ready kat bawah, i'm sure, Mak tok tak nak turun. Aku naik je tengok Mak tok tengah lap airmata dia dengan hujung lengan kurung kedah dia tu.
"Mak tok, Izz akan kerap balik lepas ni, jangan risau eh, dua tahun lepas memang gila, mak tok pun tahu kan?" sayu hati tengok muka kedut dia, tenang walau ada sisa airmata "promise me you'll come back more often next time okay?" tubuh tua tak berapa nak gempal tu diraih, "yes you have my words mak tok."
Dah siap salam peluk cium tok wan dengan mak tok, terus masuk kereta, walau berat sangat hati nak tinggal, kena face realiti Izz, kota lumpur dah memanggil. Assignments dah bertimbun mintak disiapkan segera. Perkarangan rumah ditinggalkan, toleh belakang, tengok mak tok dengan tok wan, masih melambai. Gugur jugak airmata aku. Sungguh aku memang tak nak tinggalkan kampung. Diam tertunduk.Aku kesat airmata. Telinga aku sumbat dengan earphone.Mata terpejam. Kepala ligat teringat perbualan dengan Udin tadi. "Dimana pengakhirannya sungguh kita tidak tahu,harap bertemu kita di bumi luas milikNya atau di syurga, di JannahNya." aku terdiam "you pun tulis puisi?" mata masih memandang. "entah. i terfikir tu dari tadi. Untuk you. Untuk friendship kita yang baru terjalin ni. Yang tak pernah rancang, yang Tuhan dah tentukan, Subhanallah, cantiknya rencana Dia." terdiam, terus aku toleh kiri, mata dah terasa panas, entahlah, sejak kenal Udin, ni kali kedua aku mengalir airmata, tiba2 senang je nak jatuh.Hati senang terjentik. Pantas menyeka. "izz@yahoo.com, do keep in touch." terus aku bangun. Aku dah lambat, cakap dengan mak, won't be long, kalau dah dengan Udin,memang tak boleh agak. The Unpredictable Udin. Sampai sudah, aku tak dapat nak tembak apa yang bermain dalam kepala dia, apa dia rasa. Specialnya seorang Udin. Entah dia dengar ke tak aku dengan selambanya kasi email. Biarlah, kalau tak dengar pun, ada rezeki terjumpalah kita kat mana2. Dia pun area KL. Macam mana kitorang boleh tiba2 terjumpa,kenal, berborak,i'll let the time do the talking. Will see you again,dear Udin.
Selamat Tinggal Kampung,
aku pasti kembali
Izzati pasti kembali.
Semoga kita berjumpa lagi Udin.
Minta disimpan semua memori
sepanjang 7hari persahabatan kita
biar tersemat dalam hati
Semoga berjumpa kita dalam mimpi
semoga diperkenankan Illahi.
Posted by S U A R A at 10:45 AM 0 comments
Dari si pelengkap rusuk kiri
Seperti biasa T tempat paling cepat terinspirasi,
sebab satu-satunya otak aku ligat berfikir ketika sedang B
maka sesuatu yang terlintas
"aku sebahagian dari siapakah?"
"rusuk siapa yang tertulis untuk aku sempurnakan?"
diam.
masih melunaskan harap B itu tadi.
lega.
bermonolog dengan diri sendiri secara dalam dalam
maafkan saya, saya tak cukup bagus untuk awak, tapi itu jodoh kita.
maafkan saya, saya tak cukup cantik untuk awak, tapi itu jodoh kita.
maafkan saya, tapi saya harap awak boleh bimbing saya ke sana.
yang gemuk ini punya satu rasa,
"andai sesiapa yang masuk meminang, aku terima seadanya andai dia menerima buruk baiknya aku"
yang rambutnya persis jantan ini menyorokkan rasa yang terpempan dalam jiwa,
"minta bimbing aku ke jalan yang lurus, jalan yang tuhan redhai,bukan jalan yang Dia murkai"
aku sudah jauh dari tuhanku yang satu.
aku lalai dan leka, sebab aku manusia biasa.
lalai dan leka lumrah seorang manusia,
persis aku.
indahnya jika kita sekeluarga, beristirahat diatas dipan-dipan yang disediakan Tuhan
indahnya jika jari jemari kita bermain air yang mengalir dibawah dipan yang tersedia
indahnya jika kita semua tiada dosa dan terpalit rasa iri dan tamak haloba/
indahnya jika bersama sebahagian kita
Maka, buat si rusuk kiri,
aku ada pesanan buat kamu.
Aku, si pelengkap rusuk kirimu,
disini,
menanti,
agar suatu hari,
setelah yang dinamakan Jodoh itu telah tiba
maka aku menjadi yang halal buatmu,
bimbinglah aku tanpa rasa jemu,
sayangi aku tanpa ada rasa malu,
rindui aku sebolehnya setiap waktu,
kerana aku,
si pelengkap rusuk kiri kamu.
Posted by S U A R A at 11:01 AM 0 comments
Sesat
minta jangan disalahertikan
yang sebenarnya perasaan itu salah.
yang kononnya jatuh hati
yang kononnya mencintai
yang kononnya itu ini
sebenarnya perasaan itu salah
minta diberi masa aku buang perasaan
yang hari-hari ini
kembali kepada asal,
itu juga salah.
yang sebenarnya
perasan itu tidak pernah singgah.
cuma
sesat.
Posted by S U A R A at 11:08 AM 0 comments
Dua line.
Hari ni mood lain macam, aku tak tahu. Maaf kepada yang terkena tempias. Okay, ini intro, tadi dah karang Kampung final episode. Tak jalan. Bukan jenis saya menulis sesuatu yang menuntut emosi kemudian di pamerkan terus, oh teda, saya peram dulu cerita saya.
Posted by S U A R A at 10:55 AM 0 comments
Pesta Buku
Perjalanan ke Pesta buku hanya berlaku dalam kepala je sepatutnya, ntah lepas kerja terus rasa nak pergi sana. Tak tipu je, sejam sebelum habis kerja, aku nekad pergi sana, maka perjalanan telah di atur walaupun terpaksa membodek abah sendiri. Hati bapak lembut, cair kena pujuk dengan aku, lepas asar terus gerak.
Misi mencari buku. Secara spesifik?Tiada, wallahi. Masuk je entrance, allah mak! ramainya orang. Aku ada satu masalah bila berada dalam satu kawasan yang sangat sesak dan ramai orang, mata aku tak boleh fokus KECUALI terjumpa, walaupun otak dah set nak ke mana ke mana, gagal. Dalam lautan manusia misi pertama aku pesan kepada adik aku, Aina, dia follow sekali
"nampak booth Fixi kasi tahu"
Dia pun macam blur sikit
"haaa? oh okay!"
Jalan lagi,
"hang nak cari apa na?"
"buku la, yang boleh baca"
haila adik aku ni, memang ada pulak buku buat menari? buku mestilah nak baca kan? aih ni makan dia! *sekehpala
"Aina, nampak pts kasi tahu eh"
"ha aina cari pts jugak la ni"
awat tak habaq dari tadi, jalan dan jalan dan jalan, ok we took the wrong way, ni bahagian lain dah ni, last year PTS semua dalam lagi.
meredah lautan manusia berbekalkan ingatan yang samar-samar, PTS menjadi pembayang, ok jumpa dah. Tak jumpa ada di booth PTS, sebab favorite author kat Jemari Seni, jalan jalan jalan, mata tak fokus sekali ternampak, 'JEMARI SENI' ha, panjangkan langkah dengan kelajuan yang separa maksimum ekoran manusia ramai, sampai di booth JS.
Seperti biasa, karya Hlovate yang di cari sebaik terjah booth tu. Sedikit hampa sebab yang latest takdok!
maka aku grab karya lama yang aku tak ada lagi. Dua jugaklah amek en? :D
sampai counter
"kak, latest Hlovate punya buku takde ke?" muka konon2 sedih campur comel siketttt.
"ha tu, contengan jalanan?"
"laa tu saya dah beli tahun lepeh! takde nak latest sangat la kot ek?"
"hehehehe tu je yg ada.sorry"
"ehh takpeee :D ehh jap! kak, booth fixi kat mana eh?"
"oh tu teruuuusss je ha, cari yang bantal2 besar tuuu"
"okay terimasss!"
*anda berada di booth Jemari Seni tapi guna quote famous Gempakz. 'Terimas' ialah salah satu ayat dari Gempakz. Tapi aku tak singgah pun booth tu. Sowrieee.
aku pun teruusssssssss seperti yang diarahkan, dan aku nampak beberapa manusia bergelimpangan diatas bantal yang ya robbi bestnyaaa buat tidur!!!
Pertama kali ke booth mereka. Tak tahu apa nak cari, but what makes me wanna go there? Nwa ada cakap pasal Kitab Terfaktab dan saya ternampak tweet booth fixi and so i went. Nampak BMT. ok dah ada. Kepala mencari Semboyan, sebab kolaborasi penulis ada Fynn Jamal. Dulu nak RANAP tak dapat, sekali Langit Vanilla yang dipertemukan. Penulis Wani Ardy. Ok, bestfriend kokping,oklah la tu ek. tak menghampakan pun. Oh ada beberapa lagi, seperti Kolagen dan Bayang.
Total 5buah buku telah diborong. satu pelaburan untuk jangka masa panjang dan berbaloi.
sedikit yang dikarang dalam minda sewaktu menunggu ayahanda.
Dimanakah ayahanda beta?
Langit Vanilla separa buku habis dibaca.
Dimanakah ayahanda beta?
Saya tewas ketika bertarung dengan mata.
read between the line. :)
Posted by S U A R A at 9:18 AM 0 comments
Stranger
Stranger,
Posted by S U A R A at 12:04 AM 0 comments
Jauh
Posted by S U A R A at 11:28 PM 0 comments
To My Dearest Lee Zainul
Malam ini ada entri,
Posted by S U A R A at 8:17 AM 0 comments
Hari biasa tetapi istimewa
Kerja memang penat. Serius, aku dah susut sikit. Aku boleh tahu, kena sangat pepatah 'ukur baju dibadan sendiri'. Paling takde kena mengena. -_____-
Posted by S U A R A at 11:20 AM 0 comments
Surat buat Bunda Jed.
Selamat hari jadi kepada bunda Jed. Semoga panjang umur murah rezeki. Semoga dibekalkan kesihatan yang berpanjangan. Senyum dan manis selalu.
Terima kasih kerana melahirkan Zaid untuk dipertemukan dengan kami-kami yang berkawan,
Terima kasih jujur dari hati, sebab saya diperkenalkan dengan seorang Jed.
Akan saya tunggu suatu hari itu untuk berempat mata dengan si teruna bunda yang mewarnai hari2 saya sepanjang berteman dengan dia.
Selamat hari jadi Umi. :)
*peluk kuat-kuat. Kalau boleh peluk dah dipeluk sebab Umi saya nun jauh di Jeddah.
p/s Jed sorry lambat wish ekoran bekerja 12jam semalam aku tak jumpa masa untuk ke SUARA, aku jumpa katil je. Maka jari disusun bukan untuk kau maafkan aku, tetapi membuat entri khas untuk Umi kau yang tercinta.
Posted by S U A R A at 4:47 AM 0 comments
ceritera hati yang dah basi
Niat asal tweet bodoh je, tapi orang nampak macam ceritera hati, maka ke sini aku meneruskan. Untuk awak yang sedang meneliti dari tadi, sudikan diri menjengah almari ni, saya simpan kunci rapi apa yang terpempan selama ni.
2012 aku masih hilang dalam journey sendiri. Masih tak jumpa apa sebenarnya yang aku nak buat. Sekarang bekerja di Subway. Alhamdulillah, sebulan kerja, dah dinaikkan pangkat jadi Red Shirt.
"Wei kau tak sambung belajar ke?"
tipu la kata tak nak.tipu sangat. Dulu time sekolah terpaksa je pergi sekolah, tp lepas sekolah aku boleh belajar apa aku nak. Ada spesifikasi untuk setiap orang untuk belajar apa yang dia rasa nak belajar.
Aku ada kawan,nama dia Atip,ikut plan asal time dia berusia 14tahun dulu back in 2007, dia dah letak aim, habis sekolah dia nak pergi sambung ASWARA. Teater Belalang Kenit buat dia rasa nak mendalami dunia pementasan teater.Sanggup ni, dari kelab bahasa inggeris, menyelinap ke Kesenian Dan Kebudayaan supaya boleh join trip pergi tengok teater. Semata-mata. Dari situ dah tanam niat jauh dalam lubuk hati, suatu hari nak join pementasan teater.Aku dah paku dah, supaya takleh gerak. Sampai 2012 niat tu masih ada. Tak berganjak.
2009, Atip ni diperkenalkan dengan penulis underground, Nur 'Affina Yanti bt Jamal, lebih dikenali sebagai Fynn Jamal. Ayu yang kenalkan sebab ex boyfriend dia selalu follow blog Fynn ni,Ayu cakap 'try la tip baca,best jugak.' Lepas baca penulisan Fynn Jamal, okay, sangat menarik, anak muda macam aku kalau kau rasuah dengan benda molek2 yang rasa manis, comel, ha terpegun. Dari situ mula minat. Tapi takde blog pun. Hujung tahun 2009, SUARA bertapak atas KAKIKUCANTIK. Aku menulis. Mencuba untuk menulis. Permulaan merepek habis, makin lama makin terinspirasi, penulisan makin matang, kemudian, jumpa cara menulis gaya sendiri, idea sendiri. Dari situ Atip ni rasa dia ada sedikit bakat dalam penulisan dan berhajat untuk meneruskan dengan lebih serius.
2010 penulisan lebih tertumpu kepada mainan perasaan. Bermonolog dengan diri sendiri. Pernah mencuba buat satu kisah fantasi remaja bersiri, tapi naah, impak manusia tu tak cukup hebat untuk diteruskan seperti mana Atip berjaya meneruskan cerpen KAMPUNG sampai part 6. Impak dari imaginasi dan manusia itu sendiri.
Sekarang, aku terfikir untuk kembali dengan plan asal.
Pernah terfikir nak jadi Psychologist.
Pernah terfikir nak bukak tadika ekoran terlalu sukakan budak2.
Pernah terfikir nak bukak Subway je la *ok tu terkini
Dulu Abah selalu bawak balik skrip.Masih simpan sampai sekarang. Selain kumpul buku best, aku kumpul skrip. Dulu la.
Dulu abah selalu tanya pendapat aku sebab dia tahu anak dia minat benda2 mcm ni.
Dulu Raja Azmi pernah menulis satu cerita, tak tahu apa jadi dengan novel tu sekarang. Tajuk dia KARKUMA. Cerita tu best. Bahasa2 lama orang perak. Dia tanya pendapat aku sebelum dia finalize.
Zaman2 tu memang seronok. Zaman aku tahu apa aku nak buat. Atip yang tahu apa dia nak dalam hidup.
Atip yang dah nampak dia merantau semata nak menulis. Atip yang dah tersenyum sebab dah ada buku sendiri.
Dulu laa.
Abah pernah meleset menduga aku, dia bajet aku nak jadi cikgu.
terus aku cakap "abah, atip nak jadi seniman, sama ada join teater atau penulis."
Abah cakap market malaysia tak bagus untuk teater, malaysia bukan macam Hollywood.
Kalau nak abah hantar kau belajar kat Finas. Hantar pergi LA terus, jadi pengarah.
Abah lagi tahu sebab dia dah lama dalam bidang ni.
2011 aku tak tahu macam mana aku boleh lost dalam journey sendiri.
yang pasti sepanjang jalan aku tak pernah menyesal.
tak terpalit rasa rugi pun.
sebab rezeki lain2.
Tuhan kasi kau beli Ferrari hitam sport rim 16 esok.
Tuhan kasi Bedah jual Karipap bukak Kiosk Karipap kat Pavilion, dua bulan, jadi millionaire dah.
Maka ada rezeki aku, jejak la di mana2 institusi pengajian tinggi.
aku pun sedang belajar sekarang, cuma tidak formal macam korang.
itu je beza kita. :)
Ini malam aku bukak kisah basi ni untuk
teman bernama Jed.
Aku pecahkan sedikit dinding yang aku bina untuk kau intai sedikit
apa yang berlaku di balik dinding tu.
hanya kepada orang tertentu.
kau salah satu.
"eh kau post kat blog pulak orang lain boleh baca"
takpe, bacalah, mereka tak faham apa2 pun. Aku pun tak kenal diorang,
entri ni untuk orang yang kenal dan ingin mengenal.
sekian.
Posted by S U A R A at 10:20 AM 0 comments
































